suria

Serah kepada Parlimen untuk buat keputusan, KKM cadangkan kompaun RM10,000 jika langgar Akta 342

Dr Noor Hisham turut menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Kebangsaan bagi Kepimpinan dalam Kesihatan Awam pada Selasa. fotoBERNAMA.

CADANGAN menaikkan denda bagi kesalahan kompaun mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000 telah dibuat kepada kerajaan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Kementerian Kesihatan Malayia (KKM) telah membuat cadangan itu dan berkata angka yang dipinda telah dikemukakan kepada Parlimen dan mengambil sedikit masa untuk diluluskan.

"Akta itu digubal pada tahun 1998. RM1,000 adalah munasabah pada waktu itu namun kita perlu membuat semakan semula," ujarnya.

Dia berkata demikian sewaktu dialog khas bertajuk, 'Covid-19: Perjalanan Malaysia Ke Arah Melandaikan Keluk' sempena Persidangan Penjagaan Kesihatan Malaysia 2020 pada Selasa.

Dalam majlis sama, Dr Noor Hisham turut menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Ikon Kebangsaan bagi Kepimpinan dalam Kesihatan Awam oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik.

Kata Dr Noor Hisham, kredit juga harus diberikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam memerangi Covid-19 di negara ini.

Ujarnya, dia hanya memberi nasihat dan cadangan, manakala keputusan dibuat oleh perdana menteri. - The Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain