suria

Malaysia catat 7 kes baharu, 8 pesakit Covid-19 kini di ICU

Malaysia catat tujuh kes Covid-19 pada Isnin.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan tujuh kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,274 kes setakat Isnin.

Daripada tujuh kes tersebut, dua adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan warganegara Malaysia manakala selebihnya merupakan kes penularan di dalam negara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kluster Tawar di Kedah meningkat kepada 63 kes, 8 kes baharu dicatat pada Sabtu

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, tiada kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 125 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 125 kes," ujarnya pada Selasa petang.

Sehingga hari ini, enam kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,965 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, lapan kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan lima kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain