suria

Covid-19: Kluster Tawar di Kedah meningkat kepada 63 kes, 8 kes baharu dicatat pada Sabtu

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan lapan kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,257 kes setakat Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 183 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada lapan kes baharu yang dilaporkan, tiga kes import yang mendapat jangkitan di luar negara melibatkan seorang rakyat Malaysia dan dua bukan warganegara.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: 9 kes baharu direkodkan, kluster restoran di Titiwangsa KL dikesan

Menurut Dr Noor Hisham, kesemua lima kes penularan di dalam negara melibatkan warganegara Malaysia iaitu kes daripada kluster Tawar di Kedah.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Sabtu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak empat kes telah pulih Covid-19 pada Sabtu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,949 kes.

"Sehingga kini, terdapat lapan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Mengenai kluster Tawar di Kedah, Dr Noor Hisham berkata, lima kes baharu yang dicatatkan pada Sabtu menjadikan jumlah terkini daripada kluster itu sebanyak 63 kes.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain