suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke hospital kerana strok

Tan Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke hospital swasta di Ipoh selepas mengalami strok.

TAN Sri Harussani Zakaria dimasukkan ke wad sebuah hospital swasta di Ipoh, Perak awal pagi Ahad selepas mengalami strok.

Berita itu disahkan Exco Agama Islam dan Penerangan Perak, Mohd Akmal Kamarudin.

Menurut Mohd Akmal, Mufti Perak itu dikejarkan ke hospital selepas solat Subuh pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Menulis, Membaca Al-Quran Dalam Bahasa Selain Arab Dilarang - Harussani

Menurutnya, berdasarkan maklumat diberikan Jabatan Mufti Perak setakat ini, Harussani masih lagi dirawat di hospital berkenaan dalam pemantauan rapi.

"Saya menyeru seluruh rakyat Perak dan rakyat di seluruh negara mendoakan kesejahteraan Tan Sri Mufti yang kita sayangi.

"Kita mengharapkan agar beliau segera sembuh kerana khidmat beliau masih lagi diperlukan di negeri ini," katanya.

Mohd Akmal berkata, Harussani memerlukan rehat dan diharap orang ramai teruskan berdoa agar beliau diberikan kesembuhan.

Harussani, 81, merupakan seorang tokoh agamawan yang menyandang pelbagai jawatan seperti Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks Al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak dan sebagainya.

Beliau dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini. - SINAR HARIAN

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain