suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menulis, Membaca Al-Quran Dalam Bahasa Selain Arab Dilarang - Harussani

PUTRAJAYA: Menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa selain bahasa Arab adalah dilarang, demikian tegas Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ).

Dalam kenyataan di sini, Khamis, Pengerusinya Tan Sri Harussani Zakaria berkata ini kerana penulisan al-Quran dalam bahasa lain tanpa adanya teks bahasa Arab tidak boleh dianggap sebagai al-Quran.

Perbuatan itu juga boleh diambil tindakan undang-undang di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986 dan Akta Mesin Cetak (AMCP) 1984, katanya.

Beliau yang juga Mufti Perak mengulas mengenai kempen "Let's Read The Quran" bagi menulis dan membaca al-Quran dalam bahasa lain selain bahasa Arab.

Harussani berkata sebagai pihak bertanggungjawab dalam mengawal selia pencetakan, penerbitan dan pengimportan teks al-Quran di bawah Akta Pencetakan Teks al-Quran (APTQ) 1986, LPPPQ memandang serius kempen berkenaan.

Untuk itu, katanya, LPPPQ bersama-sama dengan pihak berkuasa agama Islam di setiap negeri akan mengambil tindakan tegas bagi menyekat gerakan dan kempen berkenaan.

Dalam pada itu, Harussani berkata al-Quran yang diterjemahkan dalam pelbagai bahasa bagi memudahkan mereka yang tidak memahami bahasa Arab memahami kitab suci berkenaan, tidak boleh dianggap sebagai naskah al-Quran tetapi merupakan 'terjemahan al-Quran' atau 'tafsir al-Quran'.

Terjemahan al-Quran tanpa disertakan dengan teks asal dalam bahasa Arab adalah dilarang kerana takut disalah fahami dan membacanya tidak mendapat pahala, katanya.-- Bernama

Harussani Zakaria, al-Quran, Arab, LPPPQ

Artikel Lain