suria

10 kes baharu Covid-19 dicatatkan, 8 libatkan jangkitan import... Kluster Tawar catat 2 kes

Sebanyak 10 kes baharu positif Covid-19 direkodkan pada Ahad. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN terkini penularan Covid-19 di negara ini merekodkan 10 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,267 kes setakat Ahad.

Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 183 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Daripada 10 kes baharu yang dilaporkan, lapan merupakan kes import dan dua kes adalah penularan tempatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Covid-19: Kluster Tawar di Kedah meningkat kepada 63 kes, 8 kes baharu dicatat pada Sabtu

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, antara kes pada Ahad adalah dua kes daripada Kluster Tawar dan tiga daripadanya Kluster Alam (import).

Lima kes import yang lain direkodkan daripada individu yang pulang dari Indonesia (1), Maldives (1), Mexico (1) dan Indonesia (2).

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Ahad.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 10 kes telah pulih Covid-19 pada Ahad dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,959 kes.

Sehingga kini, terdapat sembilan kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain