suria

Akhirnya! Pemandu Vios selamba masuk lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan serah diri

Insiden pemandu Vios memandu berlawan arus di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan mengundang pelbagai reaksi.

PEMANDU kereta yang memandu di lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan telah tampil menyerah diri kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, seorang lelaki tampil ke balai polis trafik di Kuala Lumpur, pada Sabtu.

"Kita menyiasat perkara tersebut dengan lebih lanjut," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: "Maaf, saya tak cekap beri isyarat sempurna" - Niat nak tolong, tak sangka terbabas! Rider lawan arus bersama Toyota Vios di laluan motor beri penjelasan

ARTIKEL BERKAITAN: Awas! Pandu lawan arus di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan, polis buru pemandu Vios

Terdahulu, dilaporkan polis mencari pemandu terbabit selepas memandu di lorong motosikal pada Khamis.

Pemandu tersebut turut memandu berlawan arus sehingga mengakibatkan seorang penunggang motosikal terbabas dan melanggar tembok di tepi terowong, dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain