suria

Bahang 31 Ogos, Hari Malaysia kian terasa... jom pekena Coolblog Merdeka Kaw Kaw! Pilih je teh tarik, ABC atau coklat pasti terangkat!

Siri minuman terbaharu keluaran Coolblog, Merdeka Kaw Kaw.

PEKENA teh tarik, fuhh memang terangkat! Semestinya minuman kesayangan rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, masa dan di mana sahaja.

Walaupun sekadar minuman, identitinya begitu dekat di hati rakyat Malaysia, lebih-lebih lagi dengan kedatangan sambutan kemerdekaan negara tidak lama lagi.

Kehangatannya kian terasa, dan masing-masing cukup teruja meskipun suasana hari ini dengan gaya hidup norma baharu.

Dan hangat dek cuaca panas, perkara pertama mesti terbayangkan air batu campur (ABC), minuman menyejukkan yang bukan sahaja dapat melegakan tekak, malah mampu mencairkan hati segenap lapisan tidak kira masa.

Maka tidak hairanlah anda kini lebih cool apabila merasai siri minuman terbaharu keluaran Coolblog iaitu Merdeka Kaw Kaw!



Siri minuman terbaharu Coolblog yang didatangkan tiga perisa paling digemari rakyat Malaysia.

Wow! Nama saja buat terliur, tentu ramai tidak sabar-sabar nak menikmati Merdeka Kaw Kaw! Series yang didatangkan dalam tiga perisa paling digemari rakyat Malaysia.

Tidak lain dan tidak bukan sudah tentu Chocolate Kaw Kaw, ABC Kaw Kaw dan Teh Tarik Kaw Kaw, yang melambangkan keunikan kita rakyat Malaysia berbilang bangsa dan budaya.

Ternyata sambutan bulan kemerdekaan tahun ini bukan sahaja membawa 1001 makna baharu bagi kita rakyat Malaysia, malah semangatnya bersifat ekstra istimewa.

Siri khas sempena 31 Ogos ini tercetus oleh hidangan minuman sedia ada yang menjadi kegemaran sepanjang zaman rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan budaya.

Merdeka Kaw Kaw Series yang merupakan siri terbaharu Coolblog ini pasti mengembalikan nostalgia rakyat Malaysia yang rata-rata membesar dengan rasa enak minuman koko di waktu pagi sebelum ke sekolah atau saat-saat gembira menghirup air batu campur bersama keluarga tercinta dan sinonimnya secangkir teh tarik dengan ceritera kita iaitu bangsa Malaysia.

Pengurus Besar Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan Coolblog, Win Zakaria berkata, tema Merdeka Kaw Kaw Series diharapkan dapat membawa kembali nostalgia dan juga bagaimana minuman kegemaran semua menyatukan secara unik sebagai bangsa Malaysia.

"Tidak salah jika saya tafsirkan bahawa menu minuman ikonik seperti coklat (koko), air batu campur (ABC) dan juga teh tarik melambangkan jati diri bangsa serta simbol perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

"Kerana itulah, kami di Coolblog memberi nafas baharu serta suntikan nilai komersil kepada menu minuman bangsa Malaysia ini. Maka terhasil Chocolate Kaw Kaw, ABC Kaw Kaw dan Teh Tarik Kaw Kaw," katanya.



Bukan sahaja memberi kepuasan, malah ditawarkan pada harga berpatutan.

Win Zakaria berkata, pengenalan Merdeka Kaw Kaw Series sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-63 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September merupakan salah satu cara Coolblog sebagai sebuah syarikat korporat di Malaysia menyokong usaha dan kempen yang dilaksanakan oleh kerajaan.

"Ini juga adalah cara kami melaungkan semangat Merdeka sebagai syarikat penuh milik anak Malaysia yang juga syarikat minuman kategori smoothies pertama di Malaysia menerima status Halal Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), yang menawarkan produk berkualiti kepada rakyat Malaysia." kata Win Zakaria.

Bertepatan dengan tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini iaitu Malaysia Prihatin, Merdeka Kaw Kaw Series Coolblog berada di pasaran bermula 15 Ogos sehingga 16 September 2020.

Semangat ekstra istimewa merdeka tahun ini pastinya menjadi lebih lengkap dengan adanya Merdeka Kaw Kaw Series yang boleh dijual pada harga RM7.80 sahaja bagi saiz 700ml dan boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog di seluruh Malaysia.



Merdeka Kaw Kaw Series boleh didapati di kesemua 300 cawangan Coolblog di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi dan Instagram rasmi Coolblog serta laman Facebook mereka untuk senarai cawangan.

Juga, jangan lupa sertakan tanda pagar atau hashtag #JomMerdekaKawKaw #CoolblogMKK #CoolblogMalaysia bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Apa tunggu lagi, jom segera dapatkan Merdeka Kaw Kaw Series. Anda pasti terangkat!

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain