suria

Terkini 11 kes baharu Covid-19, angka kematian kekal 125

Petugas kesihatan menjalankan ujian saringan Covid-19. Foto Bernama

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 11 kes baharu, menjadikan keseluruhan 9,114 kes setakat Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 172 kes, dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Beliau berkata, daripada 11 kes baharu yang dilaporkan, lapan kes adalah jangkitan di luar negara yang melibatkan tujuh warganegara Malaysia dan satu warga asing.

Menurut Dr Noor Hisham, daripada tiga kes penularan di dalam negara, dua kes dalam kalangan warganegara dan satu bukan warganegara.

"Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 125 kes," katanya dalam satu kenyataan, petang Rabu.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak lapan kes yang telah pulih Covid-19 pada Rabu dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah 8,817 kes.

"Sehingga kini, terdapat satu kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan tiada kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

kes, Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah,

Artikel Lain