Gempar bekas timbalan pengarah agensi kerajaan ditahan SPRM, didakwa buat tuntutan palsu RM14,000

Seorang bekas timbalan pengarah di sebuah agensi kerajaan ditahan, kerana didakwa membuat tuntuan palsu berjumlah RM14,000.

SEORANG bekas timbalan pengarah bagi sebuah agensi kerajaan Persekutuan di Kota Kinabalu, Sabah ditahan kerana didakwa memalsukan tuntutan berjumlah RM14.000.

Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang wanita berusia 40-an, ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Kota Kinabalu, kira-kira pukul 10 pagi Rabu, selepas memberikan keterangan.

Difahamkan bahawa suspek memberikan resit palsu untuk program agensi berkenaan antara Julai 2013 dan Ogos 2014.

Pengarah SPRM Sabah, S. Karunanithy mengesahkan penahanan itu.

"Suspek dibebaskan dengan jaminan SPRM buat masa ini," tambah beliau. - The Star

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain