Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

Usahawan berjaya membina perniagaan yang mampan dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Walaupun banyak SOP yang perlu dipatuhi, ia perlu untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 yang boleh merebak dengan pantas, sekali gus membentuk kluster jika tak dikawal.

Tetapi tahukah anda, sama seperti SOP untuk mengawal jangkitan, peniaga juga harus mematuhi SOP jika mereka ingin membina perniagaan mampan?

SOP untuk perniagaan tidak kurang pentingnya berbanding SOP yang kita perlu patuhi semasa PKP. Salah satu SOP yang sering ditekankan semasa PKP ialah pemakaian topeng muka untuk mengurangkan risiko jangkitan kepada diri sendiri dan orang ramai.

Analogi yang sama boleh diguna pakai dalam perniagaan. Jika anda tidak mempunyai SOP untuk memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat mendadak dalam tempoh puncak, kemungkinan pelanggan-pelanggan tersebut untuk beralih kepada pesaing anda adalah tinggi.

Pakar Botol yang mempunyai kepakaran dalam pembungkusan produk yang berpangkalan di Cheras misalnya, adalah sebuah syarikat yang mencipta kejayaan dalam bisnes kerana mempunyai SOP yang cukup jelas!

Diasaskan oleh Putri Nur Sereena bersama suaminya, mereka menceburi perniagaan ini sejak empat tahun lepas.

Mereka akan berkongsi SOP yang dipraktikkan untuk membina perniagaan yang mampan, lebih-lebih lagi pada waktu pasca pandemik ini.

Apakah SOP yang Pakar Botol telah praktikkan untuk perniagaan sepanjang 4 tahun ini?



Pakar Botol telah bertapak di pasaran sejak empat tahun lalu.

SOP pertama - Pembuat keputusan perlu fokus pada perkara-perkara yang penting saja dan menyumberluarkan tugas-tugas pentadbiran kepada pekerja bebas

"Sebagai seorang usahawan dengan hanya empat tenaga kerja, kami sentiasa menguruskan pelbagai tugas dalam masa yang sama seperti menguruskan jualan, stok, hal pentadbiran dan penghantaran produk. Oleh itu, kami perlu mempunyai SOP yang praktikal supaya tugas-tugas ini dapat diselesaikan tanpa mempengaruhi fokus kami ke atas proses yang paling penting iaitu menggalakkan jualan," katanya.

Penghantaran produk kepada pelanggan adalah kunci untuk melengkapkan transaksi dengan pelanggan.

Sebelum ini, Nur Sereena menggunakan khidmat freelance runner untuk membuat penghantaran produk kepada pelanggan. Tetapi selepas perkhidmatan penghantaran Lalamove dilancarkan di pasaran Lembah Klang, Nur Sereena lebih banyak bergantung kepada Lalamove untuk menguruskan tugas-tugas penghantaran kepada pelanggan.



Penghantaran produk kepada pelanggan menerusi perkhidmatan Lalamove memudahkan operasi Pakar Botol.

"Dengan menggunakan aplikasi Lalamove, saya boleh mengakses ribuan rakan penghantar mereka untuk membuat penghantaran segera. Kemudahan ini membolehkan saya membuat perancangan logistik yang lebih sistematik, sama ada untuk penghantaran segera atau berjadual," katanya.

Dengan mengamalkan SOP ini, Nur Sereena mampu menumpukan perhatian kepada tugas jualan tanpa membebankan dirinya dengan perkara-perkara pentadbiran dan logistik.

SOP kedua - Fikir sebelum belanja, kurangkan komitmen tetap dari semasa ke semasa

"Semasa kami menubuhkan Pakar Botol, kami juga menghadapi cabaran yang sama seperti perniagaan lain, terutamanya cabaran yang berkaitan dengan kewangan. Oleh itu, kami sentiasa mengamalkan pengurusan kewangan yang baik untuk menjamin aliran tunai yang lebih fleksibel," katanya.

Apabila mempunyai keperluan untuk berbelanja, Nur Sereena akan mencari penyelesaian yang dapat membantunya berjimat-cermat terlebih dahulu.

Mengupah freelance runner adalah salah satu langkah yang dapat menyelesaikan tugas penghantaran tanpa menelan belanja yang banyak.

"Kami akan cuba mengurangkan kos untuk perkara-perkara yang boleh dijalankan oleh pihak ketiga. Apabila kami menerima permintaan penghantaran daripada pelanggan, kami akan memberikan tugas ini kepada freelance runner dan membayar mereka selepas mereka melengkapkan penghantaran.

"Jika kami mengupah mereka secara sepenuh masa, kami perlu membayar gaji penuh kepada mereka walaupun mereka tidak menghantar pada sesetengah hari," katanya.

Selepas Lalamove mengambil alih peranan kebanyakan freelance runner Pakar Botol, Nur Sereena mengalami lebih banyak penjimatan seiring dengan penurunan kos untuk setiap penghantaran.



Pilihan kenderaan untuk penghantaran produk mengikut kesesuaian dan keperluan peniaga.

"Dengan flit Lalamove, saya boleh memilih mana-mana jenis kenderaan yang sesuai untuk Pakar Botol. Kadang-kadang, kami perlu mengambil stok daripada pemborong, jadi kami menggunakan flit lori Lalamove. Apabila kami perlu menghantar produk kepada pelanggan, kami menggunakan flit motosikal atau kereta mereka.

"Yang penting sekali, saya boleh menggunakan flit mereka tanpa komitmen tetap. Penggunaan Lalamove bergantung sepenuhnya kepada bajet dan inventori saya," tambahnya lagi.

Secara keseluruhannya, Pakar Botol telah menikmati penjimatan sebanyak 30 peratus dengan Lalamove berbanding perbelanjaan mengupah freelance runner dan menyewa lori pihak ketiga.

SOP ketiga - Hantar produk tepat pada masanya dan sentiasa utamakan permintaan pelanggan

Nur Sereena sentiasa mengutamakan permintaan pelanggan dari segi kualiti produk dan kepantasan penghantaran produk kepada pelanggan.

"Kebanyakan pelanggan kami datang dari industri perubatan seperti hospital dan farmasi. Kami juga merupakan pembekal produk pembungkusan untuk perniagaan kecantikan dan makanan.

"Kejayaan kami bersangkut-paut dengan kejayaan perniagaan pelanggan kami. Jika kami lewat dalam penghantaran produk-produk kami kepada pelanggan, perniagaan mereka akan terjejas secara tidak langsung," ujarnya.



Produk pembungkusan yang lengkap dari botol minuman sehinggalah bekas detergen boleh disediakan oleh Pakar Botol.

Semasa PKP, jumlah pesanan yang diterima Pakar Botol untuk pembungkusan pencuci tangan dan makanan meningkat dengan mendadak.

Walaupun Nur Sereena menerima banyak pesanan daripada pelanggan baharu, dia dalam masa yang sama menghadapi cabaran untuk memenuhi penghantaran daripada pelanggan tetap.

Tetapi, nasib menyebelahi Nur Sereena kerana Pakar Botol mampu memenuhi perrmintaan-permintaan penghantaran untuk semua pelanggan mereka semasa PKP, terutamanya hospital dan klinik melalui sokongan penghantaran Lalamove.

"Semasa PKP, pembekal kami juga menghadapi masalah stok. Walaupun masalah-masalah berkaitan dengan pembekal adalah di luar kawalan kami, tetapi fleksibiliti melalui platform Lalamove untuk penghantaran barangan meringankan sebahagian beban kami. Lalamove banyak membantu kami menyegerakan penghantaran setelah kami menerima stok dari pembekal," jelasnya.

Penghantaran yang pantas dengan Lalamove bukan saja dapat memenuhi permintaan pelanggan yang memerlukan penghantaran segera, tetapi ia juga dapat menggalakkan lebih banyak transaksi dalam sehari.



Penghantaran pantas dengan Lalamove dapat menggalakkan lebih banyak transaksi dalam sehari.

Dengan kata lain, lebih banyak penghantaran yang dapat dipenuhi, lebih banyak keuntungan yang boleh dijana.

"SOP yang dikongsi ini dapat membantu perniagaan anda menjadi lebih mampan melalui pengurusan perniagaan yang lebih ringkas, mengurangkan komitmen kewangan yang tetap, memenuhi permintaan pelanggan melalui penghantaran yang pantas dan fleksibel," katanya.

Adakah anda suka dengan tip-tip dari Pakar Botol ini?

Berminat untuk menggunakan Lalamove sebagai sebahagian dari SOP perniagaan anda?

Kunjungi laman web Lalamove sekarang untuk mengetahui bagaimana mereka boleh membantu anda membina perniagaan yang mampan.

Insentif dan sokongan dari Lalamove untuk peniaga-peniaga tempatan:

1. Kredit penghantaran berjumlah RM100 untuk peniaga yang mendaftar dengan akaun korporat Lalamove. Jika anda berminat, sila isikan borang ini!

2. Peniaga yang ingin mencuba perkhidmatan penghantaran Lalamove tanpa pendaftaran akaun korporat boleh menggunakan kod promosi “JIMATLEBIHmS” untuk mendapatkan diskaun RM12 untuk penghantaran kali pertama sebelum 31 Julai 2020.

3. Bermula 1 Julai 2020, Lalamove telah mengurangkan tambang asas penghantaran motosikal kepada RM4 untuk 4 kilometer yang pertama.

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain