Salam takziah... Adun Slim, Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia

Allahyarham Mohd Kushairi meninggal dunia di Hospital Bentong.

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Slim yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia di Bentong, Pahang, petang Rabu.

Allahyarham meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu, namun berkata, beliau tidak mempunyai maklumat lanjut.

"Jenazah sekarang berada di Hospital Bentong dan saya dalam perjalanan ke sana," katanya.

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, Mohd Khusairi, 59, tiba-tiba rebah ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort.

Terdahulu, berita kematian Adun itu dikongsikan menerusi laman media sosial pemimpin Umno negeri dan pusat.

Allahyarham yang juga bekas wartawan Kumpulan Karangkraf pernah dilantik sebagai Pengerusi, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada 2015 sebelum mengundurkan diri dari jawatan berkenaan selepas pertukaran kerajaan pada 2018.

Dalam dunia hiburan, beliau turut mencetuskan idea penganjuran Anugerah Kewartawan Industri Filem Malaysia (Akifma) pada 2017 bagi mengiktiraf golongan wartawan hiburan yang banyak mengangkat dunia perfileman negara.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Jenazah Adun Slim selamat dikebumikan

29 Ogos PRK DUN Slim - SPR

Klik

Wow! Usahawan dedah bagaimana SOP mampu jadikan bisnesnya lebih power

FRASA 'SOP' (Prosedur Operasi Standard) telah menjadi buah mulut dalam kalangan rakyat Malaysia sejak PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dimulakan pada bulan Mac 2020.

Kajian semula tarif IWK amat diperlukan untuk penjagaan alam sekitar dan kebersihan awam

DALAM usaha untuk mengekang penularan pandemik Covid-19 di seluruh dunia, banyak perniagaan yang terpaksa gulung tikar ketika tempoh PKP.

Ayuh utamakan keselamatan pekerja! Jom sasar kurangkan kecederaan, penyakit di tempat kerja

KESELAMATAN dan kesihatan dalam kalangan pekerja perlu sentiasa menjadi keutamaan.

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Semua ada! Menu dunia, lokasi menarik lengkapkan pakej Australia... destinasi ‘wish list’ percutian anda

AUSTRALIA bukan sahaja mempunyai pelbagai lokasi menarik tetapi menawarkan pelbagai pilihan makanan halal yang cukup mudah diakses di mana sahaja.

Artikel Lain

Bapa Afdlin Shauki meninggal dunia