suria

Covid-19: 3 kes baharu direkodkan, termasuk 2 penularan tempatan libatkan rakyat asing

Malaysia catat tiga kes baharu Covid-19 pada Khamis. Foto: Bernama

PERKEMBANGAN mengenai wabak Covid-19 di negara ini setakat Khamis merekodkan tiga kes baharu, menjadikan keseluruhan 8,737 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 77 kes di mana pesakit telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Beliau berkata, daripada tiga kes baharu yang dilaporkan, satu kes adalah kes import melibatkan warganegara Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: 5 kes baharu Covid-19, termasuk seorang warga asing dibenar masuk Malaysia atas urusan kerja

Sementara itu dua kes penularan di dalam negara pula melibatkan bukan warganegara Malaysia.

"Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, satu kes saringan di Depo Tahanan Imigresen di Jalan Duta sebelum proses pemindahan ke Depo Tahanan Imigresen yang lain.

"Di Sarawak pula satu kes saringan tempat kerja yang dijalankan oleh majikan didapati positif iaitu melibatkan bukan warganegara," katanya dalam sidang media pada petang Khamis.

Beliau juga memaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan pada hari ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 122 kes," katanya.

Setakat Khamis, Dr Noor Hisham berkata, 12 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 8,538 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Selain itu, tiga kes positif Covid-19 kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan satu kes memerlukan bantuan pernafasan.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Covid-19, KKM

Artikel Lain