suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Letak tiga kucing dalam mesin basuh, penganggur didakwa

Tindakan pemuda itu mengundang kemarahan netizen baru-baru ini.

SEORANG penganggur yang tular di media sosial kerana meletakkan tiga ekor kucing di dalam mesin basuh di sebuah kedai dobi sehingga menyebabkan haiwan itu mati didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang pada Khamis.

Muhammad Najwan Zulkefli, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Syafeera Mohd Said.

Tertuduh didakwa dengan kejam atau secara tidak munasabah melakukan perbuatan menyebabkan kesakitan atau penderitaan yang tidak sepatutnya kepada tiga ekor kucing di sebuah premis Dobi Layan Diri Atlantis, Blok 3, Desa 1 Apartment Desa Aman Puri, Kepong di sini antara 5 pagi hingga 6.30 pagi, pada 12 Julai lepas.

Lelaki itu dituduh mengikut Subseksyen 29 (1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Pegawai Pendakwa N. Naageswara Rao daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor memohon tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia untuk mendapatkan pemerhatian lanjut memandangkan perwatakan tertuduh yang tidak stabil.

Muhammad Najwan yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan.

Mahkamah membenarkan tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia di Ulu Kinta Perak untuk pemeriksaan kesihatan selama sebulan dan menetapkan 13 Ogos untuk sebutan semula kes.

Turut hadir di mahkamah Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika. - BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

penganggur, kucing, mesin basuh, Selayang

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia