suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia catat 40 kes baharu, lelaki dengan sejarah kemalangan korban ke-112 Covid-19

KKM memperincikan kes terbaharu Covid-19 di negara ini pada Khamis.

PENULARAN Covid-19 di negara ini merekodkan 40 kes baharu, menjadikan keseluruhan 6,819 kes setakat Khamis.

Daripada 40 kes baharu yang telah dilaporkan, 31 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes import.

ARTIKEL BRKAITAN: Malaysia catat 37 kes baharu, lelaki yang ditemui mati antara 2 korban terbaharu akibat Covid-19

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, satu kes kematian akibat Covid-19 direkodkan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan 112 kematian.

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan satu kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 112 iaitu bersamaan 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Khamis petang.

Sehingga hari ini, 70 kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan 5,351 kes keseluruhan pulih di Malaysia.

Untuk rekod semasa, 16 kes positif Covid-19 kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Berikut perincian kes kematian yang dilaporkan:

Kes kematian ke-112 (kes ke-6780) merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 39 tahun. Beliau mempunyai sejarah penyakit injap jantung, serta kemalangan pada awal tahun mengakibatkan beliau patah kedua-dua tulang utama di kaki dan sukar bergerak sendiri. Beliau disahkan meninggal dunia pada 12 Mei 2020 jam 9.52 malam di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain