suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat MASwings tergelincir sewaktu mendarat

Lapangan Terbang Long Seridan di bahagian Miri, Sarawak, pada Ahad.

SEBUAH pesawat jenis Twin Otter (DHC6) milik MASwings dilaporkan tergelincir dari landasan semasa mendarat di Lapangan Terbang Long Seridan di bahagian Miri, Sarawak pada Ahad.

MASwings, dalam satu kenyataan di sini, mengesahkan kejadian itu berlaku pukul 10.05 pagi.

Dua penumpang dan dua anak kapal dalam penerbangan MH3622 dari Marudi itu selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Menurut MASwings, keutamaan syarikat penerbangan itu adalah keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal.

Syarikat penerbangan itu turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa terbabit dalam membantu siasatan.- BERNAMA

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain