“Tak akan tamat PKP sekaligus, yang tiada kaitan sektor ekonomi perlu duduk di rumah” - Dr Noor Hisham

PKP fasa 3 akan tamat pada 28 April ini.

TINDAKAN untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negara ini tidak boleh dilakukan secara drastik.

Sebaliknya, menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, perlu ada perancangan yang rapi bagi memastikan PKP tidak ditamatkan secara mengejut.

"Kalau kita nak tamatkan PKP mungkin tak dapat tamatkan sekali gus... mesti ada soft landing. 

"Jadi tindakan kita yang penting pasti mereka yang tak ada kena mengena dengan sektor ekonomi contohnya sentiasa duduk di rumah.

"Jadi mesej duduk di rumah masih akan kita syorkan. Tindakan itu penting kerana dapat memutuskan rantaian jangkitan," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, petang Selasa.

Menurut Dr Noor Hisham, pihaknya masih mengumpul data dan belum menentukan sama ada PKP akan dilanjutkan ke fasa seterusnya atau ditamatkan apabila ia berakhir 29 April ini. 

Katanya, sejak PKP diperkenalkan seramai 95 rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara disahkan positif Covid-19.

"Sekarang kita tahu 95 rakyat pulang ke negara bawa penyakit dan kita saring mereka. Kita letak mereka di pusat kuarantin.

"Seramai 68 daripada mereka dapat jangkitan semasa pulang dari Indonesia,12 dari United Kingdom (UK), lima Singapura, empa Turki, tiga Belanda, dua Amerika Syarikat (AS) dan satu Perancis.

"Seorang dapat menjangkiti 120 orang jadi kalau kita biarkan akan 95 kes ini, jangkitan akan menular dalam komuniti. Jadi bila ada PKP kita dapat kurangkan individu dijangkiti dalam komuniti," katanya.

Malahan, katanya, amalan berhimpun juga perlu dielak dan dengan itu usaha sedang dilakukan untuk menentukan langkah terbaik bagi membolehkan pelajara di IPT tempatan pulang ke kampung masing-masing.

"Kita tidak mahu nanti ramai bersesak di stesen, jadi perlu pastikan ada jarak sosial dan kesihatan awam dijaga," katanya. 

Dalam pada itu Dr Noor Hisham turut berkata terdapat enam kriteria yang perlu diambil kira sebelum menamatkan PKP.

Antaranya kawalan sempadan, kawalan pergerakan, sistem kesihatan yang mantap, tindakan melindungi mereka yang berisiko, langkah-langkah pencegahan (penjarakan sosial, elak perhimpunan) dan kerjasama komuniti dengan KKM.

PKP, KKM, Dr Noor Hisham, kawalan sempadan

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Artikel Lain