suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dewan Rakyat bersidang sehari 18 Mei ini

Hanya undang-undang dan hal-hal kerajaan yang berkaitan dengan isu memerangi Covid-19 sahaja akan menjadi fokus ketika persidangan itu kelak.

DEWAN Rakyat akan bersidang untuk hanya satu hari pada 18 Mei ini.

Notis mengenainya dikeluarkan oleh Setiausaha Dewan Rakyat, Riduan Rahmat kepada Ahli Parlimen pada Jumaat (17 April) petang melalui e-mel.

ARTIKEL BERKAITAN: Selesai angkat sumpah, Muhyiddin kini secara rasmi PM ke-8

ARTIKEL BERKAITAN: Terjawab sudah... Agong pilih Muhyiddin sebagai PM ke-8, angkat sumpah esok

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan menyampaikan titah Diraja ketika merasmikan Parlimen pada pukul 10 pagi pada hari berkenaan.

Sekretariat Dewan juga memberitahu bahawa hanya undang-undang dan hal-hal kerajaan yang berkaitan dengan isu memerangi Covid-19 sahaja akan menjadi fokus.

Oleh itu, ia menyatakan bahawa tidak akan ada sesi soal jawab, sesi pertanyaan lisan, pertanyaan bertulis atau usul yang dikemukakan di Dewan.

Parlimen sepatutnya bersidang pada 9 Mac lalu, tetapi ditangguhkan susulan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH). - THE STAR

Dewan Rakyat, bersidang

Artikel Lain