suria

Tiga lagi korban akibat Covid-19, terkini Malaysia catat 184 kes baharu

KKM pada Sabtu mengumumkan jumlah kes terkini direkodkan di Malaysia. fotoBERNAMA.

PERKEMBANGAN semasa Covid-19 di negara ini merekodkan 184 kes baharu, menjadikan keseluruhan 4,530 kes setakat Sabtu.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Malaysia turut mencatatkan tiga lagi korban akibat virus itu, menjadikan 73 kematian keseluruhan.

ARTIKEL BERKAITAN: Malaysia catat 118 kes baharu, KKM umum tiga lagi korban Covid-19

"Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan tiga lagi kes kematian berkaitan Covid-19.

"Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 73 kes," ujarnya menerusi sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Sabtu petang.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Tambahnya, seramai 165 telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini, dengan kes pulih keseluruhan sebanyak 1,,965 peratus.

Sehingga kini, 72 pesakit berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 38 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Sehingga Jumaat,  dilaporkan terdapat 224 anggota kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang telah dikesan positif Covid-19. 

Berdasarkan siasatan setakat ini, tiada kes yang berpunca daripada pengendalian kes yang disah positif dari wad Covid-19 atau ICU khusus untuk pesakit Covid-19.

Artikel Lain