suria

PM dan jemaah menteri sumbang dua bulan gaji kepada Tabung Covid-19

Mesyuarat Kabinet bersetuju bahawa dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong dan disalurkan kepada Tabung Covid-19.

JEMAAH menteri akan menyumbang dua bulan gaji mereka kepada Tabung Covid-19, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri pada Khamis.

Kenyataan itu juga mengatakan bahawa gaji 32 ​​menteri dan 38 timbalan menteri itu akan ditolak secara automatik untuk disalurkan kepada tabung tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian! PM umum lanjutkan tempoh PKP sehingga 14 April

"Mesyuarat Kabinet pada 25 Mac (Rabu) bersetuju bahawa dua bulan gaji Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri akan dipotong dan disalurkan kepada Tabung Covid-19.

"Langkah ini membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang menerima kesan akibat penularan wabak Covid-19.

"Tabung Covid-19 telah dilancarkan pada 11 Mac sebagai usaha kerajaan untuk membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak tersebut," kata kenyataan itu.

Sehingga Rabu, jumlah sumbangan yang berjaya dikumpulkan termasuk geran kerajaan berjumlah RM8,493,103.48. - THE STAR

gaji, PM, menteri, Tabung Covid-19

Artikel Lain