suria

“Bila-bila, di mana sahaja demi negara” - Muhyiddin minta maaf, kongsi kandungan surat mahu bertemu Tun M

Muhyiddin turut menyambut baik kenyataan Dr Mahathir bahawa Kabinet di bawah pentadbirannya akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang. Foto: The Star

TAN Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau telah menulis surat kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memohon maaf sekiranya ada perkara yang menyinggung perasaannya.

Perdana menteri berkata, beliau turut menyambut baik kenyataan Dr Mahathir bahawa Kabinet di bawah pentadbirannya akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

ARTIKEL BERKAITAN: Akhirnya! Muhyiddin umum senarai Kabinet baharu, tiada TPM

"Kami telah membentuk kerajaan ini, dan saya mahu Tun (Dr Mahathir) menyokong kerajaan ini. Ini adalah kerajaan untuk rakyat.

"Ia adalah sah dan ia berperlembagaan," kata Muhyiddin selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertamanya di Perdana Putra di Putrajaya pada Rabu.

Muhyiddin berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau mahu berdamai dengan Dr Mahathir.

Tambah ahli Parlimen Pagoh itu lagi, kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan memberikan perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

"Saya fikir rakyat mahu kerajaan dapat memberi yang terbaik dan kami berjanji kami akan memberikan yang terbaik," katanya sambil menambah, rakyat marah sekiranya berlaku pilihan raya mengejut.

Muhyiddin dalam pada itu juga menyatakan kesediaannya untuk bertemu Dr Mahathir pada bila-bila masa.

"Saya bersedia berjumpa dengan beliau bila-bila, di mana sahaja demi negara," kata Muhyiddin.

Dalam temu bual sebelum ini, Dr Mahathir  meramalkan Kabinet baharu yang dikepalai Muhyiddin akan bertahan sehingga pilihan raya umum akan datang.

Bekas perdana menteri juga mengakui bahawa undi tidak percaya terhadap Muhyiddin mungkin gagal. - THE STAR

Muhyiddin, Tun M, maaf, Kabinet

Artikel Lain