suria

Tujuh kes baharu Covid-19 dikesan hari ini

Muhyiddin (tengah) bersama Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Mohd Zuki Ali (kiri) dan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah semasa taklimat status COVID-19 oleh Pasukan Petugas Khas Kementerian Kesihatan di Bangunan Perdana Putra pada Selasa. fotoBERNAMA

TUJUH kes baharu positif koronavirus direkodkan pada Selasa.

Perkara itu dimaklumkan petugas khas Kementerian Kesihatan (KKM) dalam satu taklimat bersama Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri, pertambahan kes itu menjadikan jumlah kumulatif positif Covid-19 sebanyak 36 kes.

"Daripada jumlah itu, 14 dirawat di wad isolasi Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur manakala 22 lagi telah sembuh dan dibenarkan pulang," katanya. 

Menurut kenyataan itu lagi, Muhyiddin berpuas hati dengan agensi kerajaan yang telah melaksanakan tugas dengan baik dalam menguruskan penularan wabak baharu itu.

Dalam pada itu, Muhyiddin turut menasihati orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik.

"Sentiasa ambil langkah penjagaan kesihatan sepertimana yang telah digariskan KKM.

"Mereka yang berkunjung ke negara berisiko seperti China, Korea Selatan, Jepun dan Itali hendaklah mematuhi nasihat perjalanan dan kesihatan yang dikeluarkan.

"Segera ke hospital atau klinik sekiranya mempunyai simptom seperti batuk, demam dan sesak nafas," katanya.

Covid-19, KKM

Artikel Lain