suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Muhyiddin dijangka angkat sumpah PM ke-8 hari ini

Istiadat itu dijadual diadakan di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.

SELEPAS seminggu negara menghadapi kemelut kepimpinan politik, Malaysia pada Ahad bakal menyaksikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri kelapan.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, dijadual diadakan di Istana Negara pada 10.30 pagi ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali Perdana Menteri Ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Majlis berkenaan akan disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen.

Pelantikan Muhyiddin, 72, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebagai Perdana Menteri kelapan, dibuat selaras Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Pagoh itu dilantik ke jawatan nombor satu kerajaan susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad pada 24 Feb, sehingga mencetuskan krisis politik tanah air, menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) hilang kuasa dan perubahan gabungan parti-parti politik.- BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia