suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

“Lemah, lapar dan dahaga” - Gadis OKU hilang 4 hari dalam hutan ditemui semula

Ramnah Hasan ditemui semula pada Sabtu. FOTO: BERNAMA.

SEORANG wanita orang kurang upaya (OKU) yang dilaporkan hilang sejak empat hari lepas di kawasan hutan di Kampung Baner Tengkoh, Ulu Jelebu, Negeri Sembilan ditemui selamat pada Sabtu.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Jelebu, Lt. (PA) Md Marisa Aminuddin berkata Ramnah Hasan, 27, ditemui pada pukul 11.24 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan Jeram, kira-kira 800 meter daripada lokasi dia dilaporkan hilang.

“Ketika ditemui, Ramnah dalam keadaan lemah, lapar dan dahaga. Operasi ditamatkan pada pukul 1 tengah hari,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata wanita itu telah dihantar ke Hospital Jelebu untuk rawatan lanjut.

Operasi SAR itu yang diaktifkan pada Selasa disertai anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jelebu, Balai Bomba dan Penyelamat Jelebu, badan bukan kerajaan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli. -BERNAMA.

Ramnah Hasan, OKU, hilang

Artikel Lain