suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada pertambahan, kes positif koronavirus kekal 8

Kes positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara ini kekal lapan, setakat Ahad. Foto: Bernama

KES positif novel koronavirus 2019 (2019-nCoV) di negara ini kekal lapan, demikian kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ujarnya menerusi satu kenyataan, tiada pertambahan kes positif 2019-nCoV dilaporkan sehingga tengah hari Ahad.

Beliau berkata sehingga 12 tengah hari tadi, jumlah kumulatif kes pesakit dalam siasatan (PUI) jangkitan koronavirus adalah seramai 183 orang dan 18 orang masih menunggu keputusan makmal.

ARTIKEL BERKAITAN: Rakyat Malaysia akan dibawa pulang dari Wuhan, China dengan penerbangan khas esok

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan risau, kami OK” - Pelajar Malaysia di Wuhan

“Kontak rapat kepada kes positif 2019-nCoV, kekal seramai 32 orang,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan itu melalui maklumat yang diperoleh daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan perkembangan terkini mengenai jangkitan koronavirus.

Mereka boleh menghubungi infoline Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Negara (CPRC) KKM di talian 03-8881 0200 / 600 / 700 atau di e-mel [email protected] untuk mendapatkan sebarang maklumat mengenai jangkitan 2019-nCoV. - BERNAMA

koronavirus, positif, Wuhan

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia