suria

BN kekalkan kerusi Parlimen Kimanis

Mohamad dipeluk Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik memenangi kerusi Parlimen Kimanis. foto ZULAZHAR SHEBLEE/THE STAR

BARISAN Nasional (BN) mengekalkan kerusi Parlimen Kimanis pada pilihan raya kecil kawasan itu pada Sabtu.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohamad Alamin, 48, menang dengan majoriti 2,029 undi selepas memperoleh 12,706 undi, manakala pencabarnya Datuk Karim Bujang, 67, daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) meraih 10,677 undi.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus PRK Kimanis, Jupari@Jupry Etok yang juga Pegawai Daerah Beaufort, di pusat penjumlahan undi di Dewan Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun Banir pada 9.30 malam.

PRK Parlimen Kimanis diadakan selepas Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lepas mengekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu yang membatalkan kemenangan bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Terdahulu, proses pengundian bermula 7.30 pagi dan selesai pada 5 petang ini berjalan lancar dengan tiada insiden tidak diingini berlaku. - BERNAMA

PRK Kimanis, BN, Mohamad Alamin

Artikel Lain