suria

Ackbal Panglima TUDM yang baharu

Ackbal memberi tabik hormat kepada perbarisan kehormat pada Majlis Istiadat Perbarisan Serah Terima Jawatan Panglima Tentera Udara dan Upacara Kenaikan Pangkat Panglima Tentera Udara Ke-19 di Pangkalan Udara Subang pada Jumaat. fotoBERNAMA

TIMBALAN Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Left Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad dilantik sebagai Panglima TUDM yang ke-19 berkuat kuasa pada Jumaat.

Beliau menggantikan Jen Tan Sri Affendi Buang yang telah dilantik sebagai  Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang baharu berkuat kuasa Khamis.

Upacara pemakaian pangkat Jeneral kepada Ackbal dipakaikan sendiri oleh Affendi di Pangkalan Udara Subang.

Selain itu, Affendi turut menyerahkan tongkat kuasa Panglima TUDM kepada Ackbal dalam majlis serah terima tugas jawatan nombor satu TUDM itu.

Sementara itu, Affendi dalam ucapannya mengucapkan tahniah kepada Ackbal yang menurutnya merupakan calon paling sesuai untuk menerajui TUDM.

“Saya yakin Ackbal akan dapat meneruskan legasi kecemerlangan TUDM dan seterusnya memimpin TUDM ke arah wawasan TUDM untuk menjadi satu kuasa yang unggul,” katanya. - BERNAMA

Artikel Lain