suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Khabar angin bertiup kencang, Maszlee letak jawatan menteri?

Maszlee Malik.

KHABAR angin bertiup kencang pada Khamis mengenai Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dijangka mengundurkan diri daripada Kabinet.

Perkara itu tular di media sosial pada hari pertama sesi persekolahan bagi tahun baharu 2020.

Dilaporkan pengumuman mengenai pengunduran Ahli Parlimen Simpang Renggam itu akan dilakukan pada petang ini melalui satu sidang media khas.

Terdahulu, pada pagi Khamis, Maszlee membuat tinjauan bersempena hari pertama sesi persekolahan tahun ini di Kuala Lumpur.

Menurut maklumat yang diterima, Maszlee telah mengadakan perjumpaan rasmi dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Satu sidang media bakal diadakan di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, pada pukul 4.30 petang Khamis.

Maszlee yang merupakan bekas pensyarah dilantik sebagai Menteri Pendidikan pada 21 Mei 2018.

Dalam pada itu sumber lain pula berkata, Maszlee akan bertukar portfolio.

Sejauh manakah kebenaran khabar angin ini, kita hanya dapat ketahui selepas petemuan beliau dengan wartawan dalam satu sidang media khas yang akan diadakan.

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia