suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Naik 2 sen harga RON97, RON95 dan diesel tidak berubah

Harga RON97 naik 2 sen bermula 4 Januari.

HARGA bahan api RON97 naik sebanyak 2 sen seliter bagi tempoh 4 Januari sehingga 10 Januari 2020.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, harga RON97 naik daripada RM2.63 seliter kepada RM2.65 seliter dalam tempoh itu.

Sementara itu, harga RON95 dan diesel kekal masing-masing pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter.

Ia menambah, anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan bagi tempoh 4 Januari sehingga 10 Januari 2020 adalah RM128.24 juta.

Mekanisme penetapan harga bahan api mingguan diperkenalkan pada 5 Januari tahun lalu di bawah APM.

Di bawah sistem itu, harga bahan api mingguan diumumkan setiap hari Jumaat dan berkuat kuasa selama seminggu. - The Star

bahan api, RON97, RON95, diesel, APM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia