Menteri: Elaun parkir RM 5,000 tak wujud, mengarut! - Semasa | mStar

Menteri: Elaun parkir RM 5,000 tak wujud, mengarut!

Beberapa menteri dan timbalan menteri mengesahkan bahawa elaun parkir itu tidak wujud sama sekali.

SEJAK kebelakangan ini timbul persoalan mengenai jumlah emolumen dan elaun yang diterima oleh menteri kabinet dan anggota pentadbiran kerajaan Malaysia, hangat diperkatakan di media sosial.

Ada pihak yang mendakwa menteri-menteri memperoleh elaun tertentu termasuk ‘elaun parkir’ yang dikatakan bernilai lebih RM5,000, sehingga mengundang kritikan dan kecaman hebat dari warganet yang menyifatkan jumlah itu sebagai melampau.

Bagaimanapun jumlah emolumen dan elaun yang diperoleh seorang menteri atau anggota pentadbiran itu bukan suatu maklumat untuk didedahkan umum kerana ia tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.

ARTIKEL BERKAITAN: Selalu kerja lebih masa, gaji kurang dari sepatutnya tapi elaun dipotong... Syed Saddiq pertahan doktor, nurse muda - “Saya bantah pekeliling baharu JPA”

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sia-sia rakam muka dekat dengan kamera, bantahan Syed Saddiq dapat perhatian... perdana menteri setuju tangguh pekeliling baharu!

Beberapa menteri dan timbalan menteri yang dihubungi Bernama menerusi mesej di laman sosial WhatsApp, rata-rata mengesahkan bahawa elaun parkir itu tidak wujud sama sekali.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dalam ciapan akaun Twitter rasminya berkata: “Sepanjang pengetahuan saya, saya tidak ada elaun parking.”

Dalam ciapan berasingan Saifuddin juga menegaskan dakwaan elaun parkir yang tular sejak Rabu itu tidak betul.

Isu mengenai elaun parkir itu bermula Rabu apabila pemilik akaun Twitter @1Obefiend mempersoalkan elaun parkir menteri sebanyak RM5,000, namun ia disanggah Menteri Luar itu yang meminta penjelasan, kerana baginya elaun itu tidak wujud.

Sehari selepas itu, tular pula infografik yang dikongsikan pemilik akaun Twitter @iam_meelo yang didakwa menyenaraikan jumlah elaun-elaun yang dikatakan diterima menteri-menteri Malaysia, antaranya elaun keraian RM10,500, elaun perumahan RM10,800, elaun wakil rakyat RM10,650 dan elaun parkir RM5,700.

Menteri Industri Utama Teresa Kok pula memberi maklum balas: “Kenyataan yang tular baru-baru ini mengenai menteri diberikan peruntukan RM5,000 untuk bayaran parkir adalah tidak benar. Menteri boleh membuat tuntutan bayaran parkir dengan resit di bawah tuntutan pelbagai, tiada bezanya dengan kebanyakan pegawai-pegawai awam lain.

“Perlu diingatkan, apabila menteri-menteri dari Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tugas daripada menteri terdahulu, kita melaksanakan tugas dengan potongan gaji 10 peratus berbanding gaji menteri di bawah pentadbiran sebelum ini. Ia mula dikuatkuasa pada Jun 2018 sehingga sekarang.”

Pada 23 Mei 2018, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan pemotongan gaji pokok menteri sebanyak 10 peratus bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan PH dalam mendepani masalah kewangan kerajaan.

Mengulas isu sama, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin dalam mesejnya kepada Bernama berkata: “Saya memang tidak pernah dengar tentang elaun parkir... untuk menteri... apapun ada banyak elaun yang kita tidak tuntut seperti .. telefon/tol/elektrik... Kita pun berjimat dalam membeli tiket penerbangan melalui on-line…”

Beberapa anggota pentadbiran yang dihubungi Bernama turut menegaskan bahawa dakwaan berkenaan mengarut.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata :”Ya, memang elaun sedemikian tidak ada. Disahkan.”

Turut menyokong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang memaklumkan: “Disahkan tiada. Mengarut betul!”

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dalam maklumbalasnya: “Saya tak pernah dengar pun… sejak saya jadi timbalan menteri selama setahun setengah ni saya tak pernah dengar pula elaun parking”

Seorang pegawai di Pejabat Perdana Menteri ketika diajukan soalan mengenai elaun yang diterima Perdana Menteri khususnya mengenai elaun parkir itu, berkata : “Tiada peruntukan elaun ‘parking’. Gambar yang viral tu palsu.” - BERNAMA

emolumen , elaun parkir , tidak wujud

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain