Guru bekerja di rumah antara 9 pengumuman penting berkaitan jerebu - Semasa | mStar

Guru bekerja di rumah antara 9 pengumuman penting berkaitan jerebu

Dr Maszlee Malik membuat pengumuman menerusi siaran live di facebook Kementerian Pendidikan Malaysia pada Rabu.

PENGUMUMAN penutupan sekolah di beberapa negeri akibat jerebu turut menjadi 'jenaka' di media sosial apabila ramai golongan dewasa seolah-olah mempertikaikan kenapa hanya murid yang dibenarkan bercuti.

Di Twitter dan Facebook misalnya, ramai penjawat awam termasuk golongan pendidik menyuarakan agar pertimbangan dibuat supaya kelonggaran turut melibatkan mereka.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik pada Rabu telah mengumumkan beberapa ketetapan terkini berkaitan masalah jerebu yang meruncing di negara ini.

Berikut merupakan beberapa pengumuman yang dibuat oleh Maszlee menerusi siaran live di facebook Kementerian Pendidikan Malaysia berhubung isu itu.

1) Guru-guru dibenarkan bekerja dari rumah sekiranya sekolah ditutup. Ada hak untuk tidak datang ke sekolah dan perlu memberitahu pengetua dan guru besar.

2) Semua pengumuman penutupan sekolah akan dilakukan setiap hari, selewat-lewatnya pada pukul 6 petang.

3) Pengetua dan guru besar boleh mengumumkan penutupan sekolah sekiranya pada pandangan mereka keadaan jerebu semakin teruk dan berdasarkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada hari tersebut.

4) Sekiranya sekolah diumumkan tutup setelah penjaran dan pembelajaran berjalan, murid-murid masih boleh berada di sekolah dan P&P akan berjalan seperti biasa sehinggalah waktu persekolahan bagi sesi tersebut. (Ibu bapa dibenarkan membawa pulang anak-anak).

5) Guru boleh berhubung dan beri tugasan dengan murid dari rumah menggunakan Google Classroom.

6) Insitusi Pengajian Tinggi diberi pilihan untuk membuat pengumuman penutupan, ada hak untuk ditutup.

7) Murid-murid dan guru dinasihatkan agar mengutamakan kesihatan, kurangkan aktiviti luar dan banyakkan minum air.

8) Pentadbir sekolah perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa.

9) Persoalan mengenai sesi persekolah yang ditutup perlu diganti? Kementerian Pendidikan masih belum membuat keputusan mengenai hal itu.

jerebu , Dr Maszlee Malik , sekolah , guru

Artikel Sebelum

Jerebu: 250 buah sekolah di Perak ditutup

Artikel Lain