Jerebu: 250 buah sekolah di Perak ditutup - Semasa | mStar

Jerebu: 250 buah sekolah di Perak ditutup

Sebanyak 250 buah sekolah di empat daerah di Perak ditutup pada Khamis kerana jerebu.

SEBANYAK 250 sekolah di empat daerah di Perak ditutup hari ini berikutan keadaan jerebu bertambah buruk melanda kawasan berkenaan.

Pengarah Pendidikan Perak Dr Mohd Suhaimi Mohamed Ali berkata penutupan itu membabitkan 137 sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Larut Matang Dan Selama dan 71 sekolah di bawah PPD Kerian.

Selain itu, beliau berkata ia turut melibatkan 38 sekolah di bawah PPD Kuala Kangsar dan empat sekolah di bawah PPD Hulu Perak.

“Penutupan kesemua 250 sekolah berkenaan melibatkan seramai 88,028 murid,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Taiping berada pada paras tidak sihat iaitu 139 setakat pukul 7 pagi ini.

Sementara itu, sebanyak  303 buah sekolah di daerah Manjung, Hilir Perak, Bagan Datuk dan Perak Tengah dibuka semula berikutan kualiti udara di kawasan itu bertambah baik.- Bernama

Jerebu , Perak

Klik

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain