suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sanggup botak pada hari jadi ke-60 untuk bantu murid susah

Lee Thuan Chye (duduk, kanan) menunjukkan replika cek sumbangan dananya menerusi kempen kebajikan yang dilakukannya.

KEBANYAKAN lelaki akan keguguran rambut apabila usia semakin meningkat tua, tetapi bagi Lee Thuan Chye, dia menyambut hari ulang tahunnya ke-60 dengan mencukur rambutnya sehingga botak untuk mengumpul dana buat murid-murid yang memerlukan.

Pekerja sosial itu, memulakan kempen tersebut pada Julai lalu, berjaya mengumpul sebanyak RM22,913, apabila rambutnya dicukur di SJK (C) Li Tek B di Lintang Macallum di George Town, Pulau Pinang pada Jumaat.

"Sumbangan bermula sebaik sahaja saya memulakan kempen itu, dan meraih kira-kira 140 penderma.

"Wang tersebut akan disalurkan kepada Dana Pendidikan Bekas Pelajar Li Tek bagi membantu murid-murid yang memerlukan di SJK (C) Li Tek A, SJK (C) Li Tek B and SJK (C) Li Tek Cawangan.

"Saya gembira dapat memenuhi permintaan hari jadi saya dan ia juga sebagai permulaan baharu apabila saya berusia 60 tahun," katanya semasa sambutan hari jadinya bersama 45 penghuni rumah kebajikan, Penang Buddhist Association Senior Citizens Home di Jalan Perak di George Town, Jumaat.

Majlis itu turut menyaksikan sambutan hari ulang tahun penghuni lain yang jatuh pada September.

Penyelia rumah kebajikan itu, Goon Keong Ok berkata, inisiatif yang dilakukan oleh Thuan Chye sewajarnya diberikan perhatian.

"Lee (Thuan Chye) berada di sini beberapa kali, dan kami sentiasa menghargai usahanya untuk menggembirakan penghuni," katanya. - The Star




Lee Thuan Chye, dana, botak

Artikel Lain