suria

Warga emas maut kemalangan, diserang asma

Seorang warga emas maut dalam kemalangan selepas serangan asma. Gambar sekadar hiasan

SEORANG warga emas maut dalam kemalangan selepas di Johor Bahru, selepas diserang asma semasa memandu di Jalan Daya Utama menghala Setia India, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru (Selatan), Asisten Komisioner Shahurinain Jais berkata, insiden berlaku pada kira-kira pukul 8.45 malam apabila mangsa, Lee Nee Hien, 60, memandu dari Kangar Tebrau.

"Mangsa dipercayai mengalami kesukaran bernafas semasa memandu di Jalan Daya Utama.

"Kenderaan yang dipandunya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Shahurinain berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu, tetapi kemudian disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, polis turut menjumpai alat sedut atau inhaler dekat mangsa di dalam kereta.

"Mangsa mempunyai masalah kesihatan asma, menurut isteri mangsa.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk bedah siasat," tambahnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - The Star


inhaler, asma, alat sedut

Artikel Lain