suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RON97 naik dua sen, RON95 dan diesel kekal

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada Jumaat.

HARGA runcit petrol RON97 naik dua sen seliter daripada RM2.49 kepada RM2.51 seliter bagi tempoh 24 hingga 30 Ogos.

Kenyataan Kementerian Kewangan hari ini memaklumkan harga runcit petrol RON95 dan diesel kekal, masing-masing pada RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter bagi tempoh sama.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula Mekanisme Harga Automatik (APM), harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh itu masing-masing sepatutnya adalah sebanyak RM2.21 seliter dan RM2.25 seliter.

"Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk dikekalkan selaras dengan keputusan kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan menjaga kesejahteraan ekonomi rakyat,” menurut kenyataan itu.

Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan dalam tempoh 24 sehingga 30 Ogos berjumlah RM55.48 juta.- Bernama.

harga minyak, RON95, RON97, Diesel

Artikel Lain