KLIA terus alami gangguan sistem, penumpang dinasihat datang awal

Gangguan sistem di KLIA sedang berusaha dipulihkan.

GANGGUAN sistem, yang antara lain mengakibatkan kelewatan penerbangan, masih berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Jumaat.

Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) berkata pasukan mereka masih berusaha untuk menstabilkan sistem itu pada 6 pagi ini.

Para penumpang dinasihati supaya berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya empat jam sebelum waktu pesawat mereka berlepas.

Gangguan hubungan itu, yang bermula sejak Rabu malam, menjejaskan sistem utama lapangan terbang seperti sambungan WiFi, Sistem Paparan Maklumat Penerbangan (FIDS), kaunter daftar masuk dan Sistem Pengendalian Bagasi (BHS).

MAHB berkata dalam mengurangkan masalah itu, kesemua 38 tapak pesawat tanpa pintu di terminal utama KLIA digunakan untuk memenuhi keperluan kapal terbang yang tidak dapat bergerak menuju ke pintu yang dijadualkan kerana masih digunakan.

Mereka turut menyediakan empat bas tambahan, di samping perkhidmatan pengendalian daratan bagi syarikat penerbangan untuk melancarkan pergerakan penumpang dengan membawa mereka ke tapak pesawat tanpa pintu dari terminal dan sebaliknya.

"Kami turut melanjutkan waktu operasi di semua lapangan terbang lain di seluruh negara pada malam tadi untuk memenuhi keperluan penerbangan keluar dari Kuala Lumpur yang mengalami kelewatan,” jelas kenyataan itu.

Setakat 10 malam Khamis, 68 kelewatan penerbangan telah dilaporkan.

MAHB berkata mereka turut menyediakan tempat letak kenderaan percuma bagi semua penumpang yang meletak kenderaan mereka di terminal utama KLIA (Blok A, B, C dan D) sehingga 6 pagi Jumaat (23/8) kerana ramai yang menghadapi kelewatan ketibaan penerbangan.

"Kami amat dukacita dengan kesulitan yang dihadapi semua penumpang," kata MAHB. - BERNAMA

KLIA, kelewatan, gangguan sistem

Artikel Berkaitan

Klik

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Artikel Lain