suria

Tiada rombakan Kabinet, mungkin tukar sikit portfolio menteri - Dr Mahathir

Dr Mahathir Mohamad.

TUN Dr Mahathir Mohamad memberi petunjuk terdapat kemungkinan perubahan dalam portfolio menteri tetapi menolak rombakan Kabinet.

Perdana Menteri berkata, beliau membangkitkan isu perubahan dalam portfolio bersama Kabinet pada Rabu.

"Saya beritahu Kabinet bahawa mungkin tukar sikit dalam portfolio tetapi bukan sekarang.

"Tiada rombakan Kabinet, hanya perubahan dalam portfolio, malah saya belum buat pun lagi.

"Kalau ada buat, saya akan beritahu," katanya kepada pemberita ketika ditanya berhubung spekulasi tentang rombakan Kabinet.

Ditanya untuk mengesahkan sama ada bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mungkin akan menyertai Kabinet, Dr Mahathir menolak perkara itu.

"Tiada menteri baharu, tiada rombakan," katanya. - The Star

Kabinet, portfolio

Artikel Lain