suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kabinet akan dirombak

Dr Mahathir Mohamad.

ROMBAKAN pertama dalam Kabinet Pakatan Harapan dijangka berlaku pada bila-bila masa dan portfolio beberapa menteri akan ditukar.

Sumber berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan perkara itu dalam satu mesyuarat Kabinet pada Rabu.

"Pengumuman mengenai rombakan dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet dan Kabinet dimaklumkan akan berlaku perubahan.

"Beliau (Dr Mahathir) juga menyatakan beliau akan bertemu dengan ketua parti pada sebelah petang," kata sumber kepada The Star.

Sumber menambah, ini adalah kali pertama Dr Mahathir bercakap secara terbuka dalam mesyuarat Kabinet mengenai rombakan portfolio menteri sedia ada dan situasi itu akan berlaku.

Dalam pada itu, sumber lain berkata Dr Mahathir hanya memberitahu beliau akan 'menyusun semula portfolio'.

Sumber itu percaya bahawa tiada perubahan dalam barisan menteri sedia ada.

"Menteri dan kementerian yang sama tetapi portfolio akan disusun semula. Saya fikir itu maksud PM," kata sumber tersebut.

Pada petang Rabu, Dr Mahathir turut bertemu dengan pemimpin tertinggi tiga parti Pakatan Harapan dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

"Beliau mahu bertemu dengan empat pemimpin yang mengetuai parti ketika Pakatan membentuk Kerajaan Persekutuan pada 2018.

"Sebab itu Dr Wan Azizah yang ketika itu presiden PKR menyertai mesyuarat tersebut. Itu hanyalah satu pertemuan dengan perdana menteri untuk mendesak kami supaya lebih efisyen walaupun banyak perkara dikendalikan kerajaan," kata sumber.

Kabinet, rombakan, Tun M

Artikel Lain