“Dia bukan lagi staf saya”- Vida nafi Amaris kembali bekerja dengannya, berbaik semula jauh sekali - Semasa | mStar

“Dia bukan lagi staf saya”- Vida nafi Amaris kembali bekerja dengannya, berbaik semula jauh sekali

Putra Amaris sudah tidak bekerja dengan Vida sejak Disember lalu.

USAHAWAN kosmetik Datuk Seri Hasmiza Othman mendedahkan pelakon Putra Amaris sudah tidak lagi bekerja dengan syarikatnya sejak Disember lalu.

Susulan itu, usahawan yang dikenali sebagai Datuk Seri Vida itu menyangkal dakwaan bahawa pelakon tersebut sudah kembali bekerja dengannya.

"Dia bukan lagi staf saya. Terkejut saya bila dia kata sudah bekerja semula dengan saya. Hakikatnya itu tak betul.

"Dia dah lama berhenti... bulan Disember lepas. Rasanya dia pun dah pernah cakap dia dah berhenti sebelum ini," katanya ketika dihubungi mStar.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan buat tuduhan jahat, berhenti kerja dahulu sebab urus bisnes keluarga” - Amaris kembali 'himpit' Vida

ARTIKEL BERKAITAN: Amaris angkat kaki, tak mahu dikaitkan dengan Vida lagi

Sejak itu, Vida berkata dia tidak lagi berurusan dengan pelakon tersebut.

"Kami tak pernah berurusan lagi tapi saya pernah terserempak dengan dia masa program raya tempoh hari.

"Tapi kami tak bertegur pun. Nak cakap kami dah berbaik semula memang jauh sekali.

Vida menafikan dakwaan Putra Amaris bahawa dia kembali semula bekerja dengannya.

"Dulu anggapan dia negatif tapi sekarang mujurlah dah sedar. Sebenarnya banyak dah saya bantu dia," katanya.

Ujar Vida tiada keperluan untuk dia mengajar cara berniaga kepada pelakon tersebut sebagaimana didakwanya.

"Saya nak ajar-ajar dia apa lagi. Dia dah belajar pun masa bekerja dengan saya dulu.

Dulu anggapan dia negatif tapi sekarang mujurlah dah sedar. Sebenarnya banyak dah saya bantu dia.

DATUK SERI HASMIZA OTHMAN

USAHAWAN KOSMETIK

"Orang yang kerja dengan saya ni kena multitasking... kena tengok tahfiz dan pada masa sama pandai buat marketing.

"Jadi apa yang dia cakap dekat saya sekarang ni saya pun dah tak peduli," katanya.

Terdahulu, Putra Amaris menjelaskan hubungannya dengan usahawan kosmetik itu sudah kembali jernih.

Pada masa sama pelakon berusia 33 tahun itu berkata dia kini membantu dalam menguruskan hal pemasaran dan perniagaan Vida.

Datuk Seri Vida , Putra Amaris

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain