suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat ringan terhempas di Kuala Klawang, tiada mangsa ditemui di tempat kejadian

Bangkai pesawat ringan jenis glider yang sudah terbakar ditemui. - FOTO IHSAN POLIS.

SEBUAH pesawat ringan jenis glider dipercayai terhempas di kawasan Purun, Kuala Klawang, Jelebu, kira -kira jam 3.30 petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan pihaknya di lokasi mendapati terdapat bangkai dipercayai pesawat itu yang sudah terbakar.

"Bagaimanapun tiada mangsa ditemui di tempat kejadian. Namun maklumat awam terdapat dua mangsa cedera.

"Kita telah memaklumkan kejadian kepada pihak bahagian Siasatan Kemalangan Udara, Kementerian Pengangkutan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, semakan di hospital di daerah ini mendapati tiada mangsa berkaitan kejadian dan usaha mengesan sedang diteruskan.

Beliau berkata, sebarang perkembangan lanjut akan diberitahu kemudian. - Sinar Harian.

pesawat ringan, glider, terhempas

Artikel Lain