suria

Bonus Raya menanti penjawat awam - PM

Tun Dr Mahathir Mohamad ditemui ditemui selepas sambutan Hari Guru di Setia SPICE Arena di Bayan Lepas.

KERAJAAN akan memberi bonus Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Dr Mahathir tidak memberi sebarang jumlah spesifik atau sama ada semua penjawat awam bakal menerima imbuhan itu.

"Akan ada bonus untuk penjawat awam. Kami akan umumkan nanti," ujar Dr Mahathir kepada pemberita.

Beliau ditemui selepas sambutan Hari Guru di Setia SPICE Arena di Bayan Lepas.

Sebelum ini, Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs)
turut meluahkan harapan agar kerajaan memberikan bonus kepada penjawat awam serta pesara menjelang Hari Raya Aidilfitri. - The Star.

Artikel Lain