suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Remaja perempuan bunuh diri selepas pengikut di IG undi 'mati'

Mayatnya ditemui oleh orang awam yang bertindak melaporkan penemuan itu kepada polis.

SEORANG remaja perempuan berusia 16 tahun membunuh diri selepas mendapat undian tertinggi untuk berbuat demikian oleh pengikutnya di Instagram (IG).

Remaja itu memperoleh undian sebanyak 69 peratus daripada pengikutnya yang mahu dia mati dalam satu undian secara atas talian.

Remaja terbabit ditemui mati selepas bertanya kepada pengikutnya:"Amat penting, Tolong Saya Pilih D/L."

Seorang jurucakap polis berkata huruf D merujuk kepada mati manakala L pula hidup.

"Seramai 69 peratus pengikutnya menyokong keputusan untuk dia bunuh diri menerusi satu undian secara atas talian," katanya.

Remaja itu turut dilaporkan memuatnaik status di Facebook seolah-olah memberitahu dia sudah penat dengan kehidupannya.

Remaja terbabit yang namanya tidak didedahkan bertindak terjun dari tingkat tiga sebuah pusat membeli belah.

Mayatnya ditemui di Sarawak oleh seorang individu yang melaporkan penemuan mengejutkan itu kepada polis.

Polis yakin kematian remaja itu tiada kaitan dengan unsur jenayah.

Mayatnya dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. - Mirror.co.uk

Artikel Lain