Model kenderaan terbang curi tumpuan di LIMA'19 - Semasa | mStar

Model kenderaan terbang curi tumpuan di LIMA'19

Dr Mahathir gerai pempamer yang menunjukkan bentuk sistem mobiliti udara di pameran LIMA'19 di Langkawi pada Selasa. Foto Facebook Kementerian Pembangunan Usahawan

SEKIRANYA anda berminat untuk melihat bagaimana bentuk sistem mobiliti udara, Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA'19) adalah lokasi terbaik untuk anda.

Walaupun ia hanyalah sekadar model, orang ramai dapat idea yang jelas tentang rupa fizikal kenderaan yang boleh diterbangkan, satu hari nanti.

Dikenali sebagai Vector, penampilan sulung kenderaan itu di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di Langkawi telah mencuri tumpuan edisi kali ini apabila ramai pengunjung tertarik untuk melihatnya.

Kebanyakan pengunjung menyangka Vector adalah kereta terbang yang hangat diperkatakan, tetapi ia bukanlah seperti yang mereka fikirkan.

Pengarah Kanan Perundingan dan Pembangunan Perniagaan Aerodyne Group, Imtyaz Mohd Azzat menafikan idea bahawa syarikat itu sedang membangunkan kereta terbang iaitu Vector, yang mana lebih tepat, direka untuk menjadi sistem pengangkutan udara dari satu destinasi ke destinasi lain.

Imtyaz menjelaskan bahawa Vector adalah kenderaan berkonsep drone yang direka untuk membawa penumpang, penghantaran kargo dan tujuan pengawasan.

Vector dikuasakan oleh empat motor dan bateri lithium-ion yang membolehkan kenderaan itu terbang.

"Kenderaan ini juga boleh membawa bebanan dianggarkan 150 hingga 200 kilogram dan terbang pada ketinggian kira-kira 50 meter dengan kelajuan 60 kilometer sejam dan 30 ke 90 minit masa penerbangan," katanya kepada Bernama di luar LIMA'19 di Langkawi, Rabu.

Ditanya bila kenderaan itu dijangka dapat terbang membelah awan, Imtyaz berkata, prototaip Vector dijangka siap untuk terbang seawal Jun tahun ini.

Beliau berkata, syarikatnya yang berusia empat tahun, dengan pengalaman dalam teknologi drone, juga belum menentukan harga Vector sekiranya kenderaan itu bersedia untuk memasuki pasaran tidak lama lagi.

Mengenai sokongan kerajaan, Imtyaz berkata, beliau bersyukur kerana Kementerian Pembangunan Usahawan telah menyokong dan sangat terbuka dengan membantu syarikat membangunkan ekosistem yang menjadikan idea ini berjaya.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga gembira dengan idea ini apabila beliau melawat gerai pempamer kami, katanya.

Edisi ke-15 LIMA'19 menyaksikan penyertaan 406 syarikat berkaitan pertahanan, 200 daripadanya adalah syarikat antarabangsa dari 32 negara.

Ia dianjurkan bersama oleh EN Projects (M) Sdn Bhd, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan dengan tema 'Defence and Commercial Connecting Intelligence'. - Bernama

LIMA , Vector , Aerodyne Group , Imtyaz Mohd Azzat

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

Artikel Lain

Gempar juruterbang kesan UFO bentuk cerut