AADK tiada halangan kajian ketum untuk tujuan perubatan - Semasa | mStar

AADK tiada halangan kajian ketum untuk tujuan perubatan

AGENSI Anti Dadah Kebangsaan (AADK) tidak menghalang mana-mana pihak yang berhasrat untuk membuat kajian terhadap ketum bagi tujuan perubatan, kata ketua pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah.

Beliau berkata ketum adalah tanaman tempatan yang senang membiak tetapi telah disalah guna menjadi dadah dalam kalangan anak muda kerana dicampur dengan bahan lain seperti ubat nyamuk, air soda dan dadah lain sehingga menjadikannya bahaya.

"Di negara ini, kita belum lagi mempunyai kajian yang sebetulnya dan diterima oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tentang kebaikan ketum yang memberi faedah kepada perubatan.

"Buat masa ini, undang-undang kerajaan menanam ketum adalah satu kesalahan namun kita tidak mempunyai halangan sekiranya ada sebarang kajian yang dilakukan tetapi mestilah mengikut peraturan di bawah KKM," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Pencegahan Anti Dadah 2018 di Ideal Convention Centre (IDCC), di Shah Alam, pada Selasa.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching, yang turut hadir pada majlis itu menggesa Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) agar memperkasakan program Laluan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), sebagai usaha mengekang kegiatan penyalahgunaan dadah terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.

Program PPDa yang diperkenalkan sejak 2012 bertujuan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan sekolah serta ibu bapa agar mereka menjauhi serta menentang ancaman dadah selain menjadikan sekolah bebas dadah.

"Kerjasama dengan semua agensi kerajaan seperti AADK, PDRM, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat turut akan diperkemaskan agar ancaman masalah dadah khususnya kepada pelajar sekolah dapat dikawal bermula di sekolah rendah," kata Teo. - BERNAMA

AADK , Ketum , Datuk Seri Zulkifli Abdullah

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain