suria

Bas ekspres bawa 21 penumpang jatuh gaung

Kredit gambar Facebook Sale Hudin

SEBUAH bas ekspres dipercayai terbabas dan jatuh ke dalam gaung di Kilometer 228.4 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan, selepas Hentian Rehat dan Rawat Bukit Gantang, petang Jumaat. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata bas yang belum diketahui arah tuju itu membawa 21 penumpang.

Katanya pihak bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada pukul 6.57 petang sebelum sepasukan anggota dari balai Taiping dikejarkan ke lokasi.

Jurucakap berkenaan memaklumkan usaha menyelamat sedang dijalankan dan berdasarkan maklumat awal tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. - Bernama

bas ekspres, jatuh gaung

Artikel Lain