Isteri mati ditekup hingga lemas, suami direman 6 hari - Semasa | mStar

Isteri mati ditekup hingga lemas, suami direman 6 hari

SEORANG lelaki bekas warganegara Malaysia ditahan reman selama enam hari bagi membantu siasatan kes pembunuhan isterinya.

Suspek berusia 62 tahun yang kini menjadi rakyat Amerika dibawa ke Mahkamah Majistret di Georgetown, Pulau Pinang pada Rabu dan diarah untuk tahanan reman sehingga 25 April oleh Penolong Pendaftar, Muna Maria Azmi.

Mangsa, Chin Geok Heong, 60, dilahirkan di Malaysia sebelum memperoleh kewarganegeraan Amerika Syarikat (AS).

Chin dikatakan ditekup wajahnya sehingga meninggal selepas bergaduh dengan suaminya di sebuah kediaman di Isand Glades, pada Selasa.

Pasangan itu tiba di Pulau Pinang pada 19 Januari lalu dan menetap bersama saudara mereka untuk meraikan tahun Baharu China dan sepatutnya pulang ke AS pada Rabu (20 Mac).

Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, kakak Chin terdengar pergaduhan mereka di dalam bilik sebelum terdengar jeritan kuat pada 2.30 pagi di kediaman keluarga mereka di Lorong Delima 4, Island Glades.

"Kakaknya ketuk pintu untuk periksa Chin, tetapi suaminya kata Chin menjerit sebab dia tak sihat," ujarnya.

Chin dibawa ke hospital oleh suaminya namun meninggal sewaktu dalam perjalanan.

Suami Chin tidak membenarkan bedah siasat dijalankan, berbeza dengan kemahuan keluarganya.

"Pakar pathologi mengesahkan Chin meninggal berpunca daripada lemas kerana serangan jantung.

"Siasatan lanjut mendedahkan suspek menutup muka mangsa dengan tangan sebelum dia lemas dan meninggal.

"Kami juga menemui kesan calar di lengan suspek. Namun dia kata kesan itu wujud kerana dia aktiviti angkat berak dan tumbukan beg di gim," ujarnya lagi.

Suami mangsa ditahan di eumah mayat Hospital Penang pada Selasa.

Kes sedang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - The Star.

Chin Geok Heong , Bunuh

Artikel Lain