suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia bakal bangkit sebagai Harimau Asia dalam tempoh tiga tahun

MALAYSIA akan kembali kepada statusnya sebagai Harimau Asia dalam masa tiga tahun, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata lonjakan 48 peratus dalam pelaburan langsung asing kepada RM80.5 bilion pada 2018, berbanding RM54.4 bilion pada 2017, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap kekuatan ekonomi Malaysia.

Guan Eng berkata pelaburan dari China dan Jepun ke Malaysia meningkat dengan ketara dan beliau berharap pelabur tempatan akan turut berbuat demikian.

“Angka 2018 adalah positif meskipun terdapat unjuran tertentu dan saya rasa ekonomi Malaysia berkembang dengan baik. Kita telah mengatasi anggaran konsesus walaupun pada bulan sebelumnya.

“Indeks Pengeluaran Perindustrian sebanyak 3.2 peratus pada Januari adalah lebih tinggi berbanding anggaran Bloomberg pada 2.3 peratus,” katanya dalam ucap tama beliau pada forum pasaran modal Invest Malaysia 2019 pada Selasa. - Bernama

Harimau Asia, Lim Guan Eng

Artikel Sebelum

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia