suria

Grab Malaysia kenakan caj pembatalan RM3-RM5, berkuat kuasa 25 Mac

GRAB Malaysia akan mengenakan caj ke atas penumpang yang membatalkan atau terlambat untuk menaiki kenderan selepas jumlah masa tertentu yang dibenarkan, bermula 25 Mac ini.

Menerusi Polisi Pembatalan Penumpang yang dikemaskini, Grab memberitahu bahawa penumpang yang membatalkan perkhidmatannya lima minit selepas mendapat pemandu, akan dikenakan bayaran antara RM3 hingga RM5. 

Jumlah yang tepat bergantung kepada jenis kenderaan atau perkhidmatan yang ditempah penumpang.

Bagi perkhidmatan seperti GrabCar, GrabTax (bermeter atau eksekutif) dan JustGrab untuk Lapangan Terbang, caj pembatalan adalah RM3. 

Untuk GrabCar enam tempat duduk atau JustGrab 10 tempat duduk, kadar yang dikenakan adalah RM4. 

Sementara itu, perkhidmatan seperti GrabCar Premium atau GrabCar Luxe, di mana tempahan menggunakan kenderaan Vellfire untuk lapangan terbang adalah RM5.

Grab memberitahu, ia juga akan mengenakan caj kepada penumpang sebanyak RM5 apabila pemandu membatalkan perjalanan selepas menunggu di tempat mengambil selama lebih lima minit.

Bagi perkhidmatan GrabShare, penumpang mempunyai tiga minit untuk tiba di tempat mengambil sebelum pemandu berhak untuk membatalkan perjalanan.

Bagi setiap tempahan, penumpang boleh dikenakan caj antara RM3 hingga RM5 untuk pembatalan lewat atau dikenakan bayaran RM5 selepas pemandu membatalkan perjalanan kerana menunggu lebih lima minit. 

Syarikat itu memberitahu bahawa ia tidak akan mengenakan kedua-dua caj pada masa sama.

Penumpang tidak akan dikenakan caj sekiranya mereka membatalkan dalam masa lima minit untuk mendapatkan pemandu. 

Pemandu juga perlu menunggu selama lima minit atau tiga minit sekiranya mereka melakukan perkhidmatan GrabShare sebelum mereka berhak dikenakan caj pembatalan.

Syarikat itu memberitahu bahawa caj pembatalan akan dikecualikan sekiranya pemandu tidak tiba dalam masa 10 minit selepas taksiran masa ketibaan yang pertama kali ditunjukkan.

Satu contoh keadaan ini adalah apabila penumpang mendapat lokasi pemandu dengan jarak sejauh tiga minit perjalanan.

Penumpang yang menunggu lebih 13 minit, caj pembatalan akan diketepikan.

Jika penumpang ingin membatalkan selepas menunggu terlalu lama, Grab menggalakkan pelanggan menghubungi pemandu melalui panggilan telefon atau GrabChat.

Syarikat itu memastikan ia mempunyai langkah untuk mengesan sekiranya pemandu tidak memandu menghala lokasi pelanggan.

Bagi penumpang yang menggunakan kemudahan bayaran GrabPay, caj pembatalan akan ditolak terus daripada baki kredit GrabPay atau kad kredit/debit. 

Caj akan ditambah secara automatik kepada tambang perjalanan seterusnya bagi penumpang yang membayar secara tunai.

Syarikat itu menjanjikan 100 peratus caj pembatalan akan diberikan kepada pemandu sebagai pampasan untuk masa mereka berada di jalan raya.

Grab juga memberitahu bahawa ia menjangka polisi caj pembatalan baharu untuk mengurangkan daripada 1 peratus tempahan yang terjejas kerana kebanyakan penumpang tidak membuat pembatalan selepas membuat tempahan. - The Star

Grab, Grab Malaysia

Artikel Lain