suria

Sembilan suspek pencemaran Sungai Kim Kim ditahan

Sehingga kini sembilan suspek ditahan berkaitan dengan pencemaran Sungai Kim Kim

POLIS telah menahan sembilan suspek berkaitan dengan pembuangan haram sisa toksik yang membawa kepada pencemaran toksik Sungai Kim Kim.

Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata dua lelaki ditahan di Johor Baru manakala tujuh daripadanya ditangkap di luar Johor pada 17 Mac.

"Kami tidak dapat mendedahkan umur mereka dan di mana mereka ditahan kerana ini boleh menjejaskan siasatan kami terhadap kes itu," katanya kepada The Star selepas menyampaikan Pingat Jasa Pahlawan Negara kepada kepada 396 anggota yang bersara dan berkhidmat di pejabat polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor pada Isnin.

Kesemua mereka akan ditahan reman sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan.

Mohammad Fuzi berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 278, 284 dan 326 Kanun Keseksaan.

Sg Kim Kim, suspek

Artikel Lain