suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

RON97 naik tiga sen, RON95 dan diesel kekal

HARGA bahan api RON97 naik sebanyak tiga sen manakala RON95 dan diesel pula kekal sama selama seminggu bermula Sabtu.

Kementerian Kewangan berkata harga RON97 akan meningkat kepada RM2.46 seliter daripada RM2.43 seliter.

Harga runcit RON95 dan diesel pula kekal pada paras yang ditetapkan sebelum ini iaitu RM2.08 serta RM2.18 seliter.

Harga tersebut akan berkuat kuasa bermula awal pagi Sabtu sehingga 15 Mac depan.

“Berdasarkan pengiraan pihak kementerian, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh seminggu bermula esok (Sabtu) hingga 15 Mac sepatutnya sebanyak RM2.16 dan RM2.38 seliter.

“Begitupun, harga runcit dan diesel bagi tempoh tersebut dikekalkan pada paras sebelum ini berikutan keputusan jemaah Menteri menyekat kenaikan harga runcit produk petroleum demi mengurangkan bebanan kewangan rakyat", katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

RON97, RON95, diesel, Kementerian Kewangan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

MCA, MIC kekal dalam BN

Artikel Lain